Thursday, March 25, 2010

Sakit sebelah kepala

Entah mengapa sekarang kepalaku amat sakit! Kemungkinan kerana geram pada seseorang, atau akibat kena hujan lebat semalam? Ishh....

Walaupun sakit kepala, tapi kena buat kerja jugak! Saya dah habis buat, lepas tu orang itu nak saya ubah, lepas three banyak persoalan pulak... Lagi geram lah I! Sepatutnya dah tak akan ada lepas two-ker, three-ker, four, bla bla bla.... I dah buat keputusan until menolak permintaan dia untuk kerja yang seterusnya. Lebih rela tak untung banyak daripada macam-macam tekanan dan desakan yang aku timpa sekarang.

Oh yer, penerbangan saya ke Amerika sudah tergendala. Penundaan tu, tak lah lama sangat, jadi saya tak rasa marah/ sedih. =) Saya akan blog dalam bahasa inggeris juga (kalau masa mengizinkan/ kalau saya tak rasa malas) ho ho ho

Apa yang harus saya lakukan sekarang? Sebenarnya, saya dah mengantuk, tapi tak dapat tidur juga. Aihh.... Hidup ini, memang macam-macam yang akan dilalui oleh setiap individu. Masin ada, Manis ada, Pahit ada, Pedas pun ada! Sekarang ialah masa yang pahit kot, tapi saya yakin lepas minggu ini, minggu yang seterusnya akan jadi lebih baik.... Nak manis manis maniss!!!!! Motivasi untuk diri sendiri.. XD

Ok-lah, dah lewat sekarang, nak sambung apa yang saya tengah buat and mogar-mogar dapat tidur sebelum pukul dua nanti... Saya rasa ini ialah kali kedua saya tulis dalam bahasa malaysia di blog ini. Berbanding dengan masa dulu-dulu, saya rasa, bahasa malaysia saya sudah merosot 80%. Adui, sakit hati juga, walaupun bahasa malaysia bukanlah satu bahasa yang amat berguna kepada saya. Tapi, kena bagi muka juga la... Maklumlah, ia juga adalah Bahasa Kebangsaan negara saya...

p/s: kalau kamu baca hingga ke tahap ini, saya amat gembira. Kalau tidak, pun tak mengapa kerana saya saja tulis apa yang difikir sekarang... OK la... Selamat malam kepada semua!

Sekian, terima kasih.

6 comments:

joanne lee said...

dah lama i tak cakap dalam bahasa malaysia jugak....tapi i ada jugak spot satu mistake dalam entry u...mogar-mogar salah la...sepatutnya tanpa perkataan R.

Dulu kita boleh tulis karangan lagi, sekarang, memang dah merosot. Nak tulis sikit pun sudah susah kan...haha..

sunset2712 said...

oh, betul wor... saya rasa saya dah rindu akan agar-agar agaknya.. jadi, dari 'moga-moga' saya tertulis 'mogar-mogar' hahahaha... memang benar, dulu boleh tulis karangan guna bahasa yang berbunga-bunga lagi... sekarang kena fikir dulu sebelum tulis.

thengfei said...

Saya faham sungguh perasaanmu kerana saya pun tengah mengalami sakit kepala akibat terlalu tekun 'belajar' .....haha....adui, patut perkataan 'mogar-mogar' nampak masa tak betul je...rupa-rupanya, salah ejaan. Tapi, takpe, nanti kang masa mu balik Msia, boleh la berbicara dalam bahasa melayu berbunga-bunga semula..

sunset2712 said...

khoo thengfei, balik pun tak akan cakap bm punya la... lama-lama sekali agaknyer... dulu kita pun cakap bahasa inggeris dengan kawan-kawan melayu di dalam kelas... hahaha... Bunga-bunga, tak payah la... jimat tenaga untuk hal yang lebih bermanfaat daripada perah otak fikir pasal bunga raya, bunga cempaka, bunga kemboja, bunga orkid, dan sebagainya.... hahahaha

Ken Jun said...

lols! ko punya BM masih eh sai la..haha

intan said...

stumbled upon ur blog when searching info on Woodburry outlet..
i think this post of urs in BM is so cute... :)